BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 20, 2010

Yang kami perlukan ialah

Yang kami perlukan ialah
segedung naskhah perjanjian
isinya memuatkan
keadilan-ketenteraman-kasih sayang
perut kenyang, dahaga hilang
biaya rawatan dimansuhkan
pembebasan daripada kebodohan.

Agar terlepas daripada belenggu kemiskinan
dan tidak perlu hidup bergantungan.

Binalah pembangunan
tapi bukan pencakar langit
yang mencalar hati terhimpit
mencakar impian
mencederakan perasaan
hanguslah harapan
ratapan pun direntungkan.

Tanamlah pengertian kemanusiaan
suburkan benih makna manusiawi
kerana kepimpinan itu dinilai
melalui berapa banyak manusia
yang dibentuk akhlaknya
dan dia mendoakan kepimpinan
agar selalu adil dalam pengagihan.

Tidak perlu segala suhuf palsu
berjela makna ungkapan beribu
tentang segudang harapan tinggi
kerana yang ditabur akan berkubur
lafaz - ucapan - akad dari industri janji
adalah kilang ucapan perniagaan jualbeli
produk diungkap untuk dimungkiri sekali lagi.

Maafkan Aku

Maafkan aku..


Andainya diri ini.. sering dipuja..

Sesungguhnya.. diri ini tidak sempurna..

Sepertimana yang dipinta..



Maafkan aku..

Andainya diri ini.. sering menyakitkan hati..

Tetapi, mengertilah.. diri ini tidak akan menyakiti jika tidak disakiti...

Sesungguhnya.. apa yang terjadi.. bukanlah kehendak hati..



Andainya engkau masih belum mengerti..

Ingin aku nyatakan di sini..

Bahawa hati ini sudah lama menanti..

Untuk dimiliki..



Maafkan aku..

Andainya pengakuan ini.. agak terlewat untuk kau hargai..

Kerana yang pasti, hanya engkau dan aku saja mengetahui..

Namun, percayalah.. Diri ini masih setia menanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...